Saturday, March 20, 2010

KONSERT AF8 (MINGGU PERTAMA)

Semua para peminat AF8 semestinya sangat teruja dan tak sabar-sabar nak tengok persembahan pelajar-pelajar AF8 untuk konsert yang pertama ni, dengan harapan persembahan mereka akan lebih baik dari Tirai yang lalu. Ye la kan.. Dari segi pemilihan lagu oleh pihak produksi pun not bad. Semuanya lagu-lagu yang sedap dan boleh dikatakan top la sekarang ni...
Tapi, tahap keterujaan itu mungkin hilang sedikit sebab mungkin apa yang dipersembahkan tak seperti yang diharapkan. Secara keseluruhannya, Konsert Pertama AF8 tidak begitu mengecewakan. Cuma mungkin ada beberapa faktor yang menyebabkan konsert AF8 tahun ni agak tidak "meriah" seperti konsert AF musim-musim yang lalu. Antara kelainan ketara yang ditonjolkan untuk AF8 kali ni ialah dengan pemendekan lagu tugasan pelajar untuk dipersembahkan. Rasanya tak best la kalau nyanyi setengah-setengah je.. Mana tak nya feel students pun tinggal setengah.. Hehe.. Ada lagu yang sesuai dipotong dan ada lagu yang agak pelik bunyinya lepas dipotong (terutama lagu Bengang..) AF7 pun potong lagu jugak tapi macam tak nampak sangat lagu tu dah dipotong. Faktor yang lain lagi ialah durasi masa konsert yang semakin pendek menyebabkan rancangan macam rushing nak dihabiskan.. Kesian jugak tengok Iwan yang jadi pelajar terakhir buat persembahan. Magic jugak la macam mana dia boleh tukar baju dalam tempoh masa kurang dari 5 minit. Mic pun dah tak tentu arah sampai ke hidung.. hehe.. Memang nampak rushing Sarimah dan Jimmy nak kejar masa. Benda macam ni sebenarnya boleh effect mood penonton yang tengok.. Dari segi stage dia pulak, Just nice la.. Tak ada masalah sangat.. Lagi satu, sound system plak sekejap kuat sekejap tak kuat.. Itu untuk overall.. Sekarang mari kita reflect satu-persatu persembahan pelajar...

MAULANA - Extravaganza (6/10)
PELAJAR DAN LAGU? - SESUAI
Opening dah ok.. Cuma macam tak ada energy sangat. Persembahan macam nampak terlalu berjaga-jaga dan berhati-hati. Time nak lompat nampak macam teragak-agak dan takut. Vokal pulak ok la, lain dari minggu lepas. Vokal versatile, at least tak pelik bila bawak lagu pelbagai genre (untuk rnb dan pop rock dan lepas la.. kita tunggu tradisional pulak.. hehe..)

ADIRA - Bertamu di kalbu (8/10)
PELAJAR DAN LAGU? - SESUAI SANGAT
Best performance of the night rasanya. Persembahan simple tapi just nice. Tapi ekspresi muka nampak sikit macam takut-takut tapi yang lain ok. Vokal lantang dan merdu cuma ada beberapa bahagian masih macam terlalu nyaring dan out of control especially high note yang menyebabkan nampak macam jerit-jerit. overall persembahan sangat baik dan meningkat dari Tirai minggu lepas. Suara merdu dan lantang jelas kedengaran.

SHAHIR - Khatimah cinta (6/10)
PELAJAR DAN LAGU? - KURANG SESUAI SIKIT..
Suara nampak macam ditahan-tahan. Tak tau la kenapa. Suara memang tak jelas sangat especially time high note (kalau dengar kat tv la..) Persembahan pentas pun simple je.. Cuma tu je la.. Suara tak jelas.. Lagu tak ngam sangat jugak kot..

NAD - ERT (4.5/10)
PELAJAR DAN LAGU? - SESUAI
Antara persembahan yang agak lemah sedikit. Sebenarnya suara dan vokal Nad memang dah sesuai sangat dengan lagu ni. Cuma mungkin vocal control, dinamik dan attitude masih tak cukup lagi untuk lagu ni. Persembahan pulak nampak berhati-hati jugak, pergerakan kecik-kecik dan nampak tak natural. Tapi good effort sebab Nad cool dan berani.

DAUS - Cari jodoh (5/10)
PELAJAR DAN LAGU? - KURANG SESUAI
Kalau dari segi persembahan, tarian time korus tu je yang mungkin membantu untuk menampakkan persembahan Daus menarik, selain tu lakonan time verse nampak tak dirancang, messy sikit dan menenggelamkan Daus. Vokal Daus yang lembut memang tak cukup kuat untuk bawa lagu ni untuk tempoh latihan yang singkat. Dan rasanya koreografi sedikit mengganggu persembahan vokal. Tapi tahniah sebab berani terima cabaran. (Ye la kan.. Lagu mana boleh pilih-pilih.. Dapat lagu tak ngam suara so itu cabaran la.. )

FARINA - Paparazzi (5/10)
PELAJAR DAN LAGU? - SESUAI
Farina pun macam Nad jugak, attitude tak cukup dalam persembahan vokal dan persembahan pentas. Semuanya nampak macam terlalu berhati-hati dan nampak takut-takut. Lagu dah dam dum dam dum, tapi jalan tak kena dengan bunyi beat lagu. Vokal pun tak terserlah macam Tirai, mungkin lagu ni memang tak membantu meyerlahkan vokal sangat.

ALIF - Kau aku (6.5/10)
PELAJAR DAN LAGU? - SANGAT TAK SESUAI
Secara jujurnya, bila dapat tau Alif dapat lagu ni memang dah rasa semacam. Dah boleh bayangkan macamana dia bawa lagu ni. Kalau nak lihat dari segi teknikal dan persembahan, memang tak ada masalah besar. Alif sangat selesa di pentas dan nyanyian pun baik. Cuma masalahnya (tak tau la orang lain ada masalah ni..) tone suara dia memang tak ngam dengan lagu ni.. Kedengaran sedikit janggal.. Tapi keseluruhannya persembahan Alif baik dan bagusla.. (tak tau nak pakai word ape dah..)

ANUM - Aku tak percaya cinta (6.5/10)
PELAJAR DAN LAGU? - SESUAI
At least persembahan Anum lebih baik dan lebih terancang kalau nak dibandingkan waktu Tirai minggu lepas. Energy level ok. Anum tak nampak tenggelam kalau join penari-penari kat pentas. Tapi dari segi persembahan vokal, agak berterabur sedikit. Kawalan vokal agak kurang sebab banyak menari.

SHAH - Bengang (7/10)
PELAJAR DAN LAGU? - SESUAI
Persembahan Shah boleh tahan, cuma nampak macam biasa. Lagu popular memang risiko sangat besar untuk dibanding-banding. Persembahan vokal Shah tak banyak yang kurang, ada beberapa bahagian yang diimprovisasi dan itu dah bagus. Cuma bahagian-bahagian yang lainnya kita mungkin boleh dengar "Akim" yang menyanyikan lagu ni. Certain parts nyanyian ada masalah tempo yang tak ketara sangat tapi dapat cover.

AIN - Hey ladies (6/10)
PELAJAR DAN LAGU? - SESUAI
Sama jugak seperti Nad dan Farina. Persembahan pentas tak cukup attitude. Kenapa la agaknya produksi bagi dia nyanyi pakai skirt untuk lagu ni? Nampak kurang sesuai la sebab skirt kena pakai ngan kasut tinggi dan time dia nyanyi memang nampak sangat dia berhati-hati, jadi persembahan dah nampak tak natural. Vokal pulak dah ok just perlu kawalan je lagi..

EMA - Yang terbaik (7/10)
PELAJAR DAN LAGU? - SESUAI
Sebenarnya tak perlu ada pelakon tambahan untuk persembahan Ema, dia sorang je mungkin dah cukup sebab nampak sangat la pelakon tambahan yang ada tu menjadikan persembahan Ema nampak kucar kacir dan tak de arah tujuan. Kawalan vokal dan dinamik memang sangat bagus. Seronok telinga ini mendengar. Cuma high note kena berlatih lagi ye..

IWAN - Haven't met you yet (7/10)
PELAJAR DAN LAGU? - SESUAI
Antara persembahan yang menarik....... di pembukaannya la......... Tapi bila dah nak habis lagu tu nampak macam energy kurang. Kalau tak silap ada satu part dia nyanyi suara terpecah sikit tapi tak dengar sangat la. Jazzy style ada tapi masih kurang.. Vokal sangat sesuai dengan lagu tapi nampak ikut sangat gaya penyanyi asal nyanyi, improvisasi terhadap lagu kurang. Tapi overall persembahan menghiburkan jugak la...

So, kalau nak bagi ranking persembahan malam ni, ni la kot.. Bagi saya la...
1. Adira (8/10)
2. Ema (7/10)
3. Iwan (7/10)
4. Shah (7/10)
5. Alif (6.5/10)
6. Anum (6.5/10)
7. Maulana (6/10)
8. Ain (6/10)
9. Shahir (6/10)
10. Daus (5/10)
11. Farina (5/10)
12. Nad (4.5/10)

3 comments:

  1. but for me alif shud be number 4 . n ema dun deserve to be number 2 n in top 5 . its my opinion .

    ReplyDelete
  2. hehehe... takpe.. itu opinion masing2 kan.. hehe.. tapi memang rasa kurang meriah af8 ni.. banyak sangat elemen yang ilang.. :(

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete