Monday, March 22, 2010

DAHSYAT!!!


Tagline "Dahsyat" sememangnya tak mampu nak memberikan peluang kepada Shah untuk kekal lama di AF8. Satu sejarah AF terlakar pada malam Debaran AF8 hari ahad lalu di mana penyingkiran pertama adalah di kalangan pelajar lelaki. Dengan ini, kita boleh melihat dengan jelas bahawa Shah mungkin bukan pilihan pengundi-pengundi wanita kerana sebab yang saya tak nak ulaskan kan sini... Semuanya faham.. hehe.. Tapi tidak dinafikan jugak yang untuk AF8, pelajar wanita secara keseluruhannya lebih menyerlah dari pelajar lelaki.
Kita berbalik kepada penyingkiran Shah. Kalau nak dikatakan siapa yang sepatutnya tersingkir kalau ikut juri, mungkin Nad atau Daus. Shah mungkin ada di ranking yang selesa untuk bertahan. Namun, sememangnya jari yang menjadi juri, jadi keputusan tetap tidak menyebelahi Shah. Ni merupakan carta undian selepas ditutup:

1 ANUM 25%
2 AIN 12%
3 SHAHIR 11%
4 IWAN 10%
5 ADIRA 9%
6 EMA 7%
7 FARINA 6%
8 NAD 6%
9 DAUS 5%
10 MAULANA 4%
11 ALIF 3%
12 SHAH 3%


Pasal Debaran pulak, sebenarnya macam tak perlu nak dibuat. Baik penyingkiran dibuat terus selepas konsert macam AF yang lepas-lepas. Dan hope tugasan untuk minggu kedua, pihak produksi cubalah sedaya upaya untuk memberikan lagu yang sememangnya sesuai dan ngam dengan vokal setiap students. Barulah best... Huhuhu... Gudluck untuk Shah dan semoga akan terus berjaya di luar Akademi...

No comments:

Post a Comment