Tuesday, April 20, 2010

KONSERT AF8 (MINGGU KETIGA)

Minggu ketiga... Sudah dua konsert berlalu.. Dan sekarang sudah konsert yang ketiga untuk AF8.. Tapi, macam masih belum panas lagi pentas diorang. Secara peribadi, belum ada lagi students yang memang betul2 "wow" dan memukau dengan hebat sekali.. So, ni review ringkas untuk konsert minggu ketiga..

NAD - Bulan Cinta (4/10)
Kesian.. Macam jadi mangsa keadaan. Kenapa la lagu ni diberi kat Nad? Walaupun nak memberi cabaran kepada student tapi janganla terus kepada cabaran yang susah sangat macam ni. Vokal Nad memang unik dan menarik untuk didengar, tapi ye la. Lagu ni memang bukan Nad. Persembahan agak kaku sikit, tapi tahniah untuk Nad sebab dah usaha sedaya yang mampu.

DAUS - Separuh jiwaku pergi (5.5/10)
Low note Daus masih bermasalah. Macam tak dengar sangat dan nafas macam tak cukup untuk project suara. Dan sebutan begini dah jadi "bergini".. hehehe.. Tapi dari segi persembahan pentas, Daus dah tak nampak kaku sangat. Secara keseluruhan, vokal Daus biasa saje..

ALIF - Sesuatu janji (6.5/10)
Sama macam Daus, bermasalah dalam low note. Suara besar, bila buat low note memang susah sikit nak tangkap word yang disebut. Performance memang mantap selalu.

AIN - Cinta antara benua (6/10)
Projection perlu perbaiki lagi. Low note nice, tapi high note ada masalah sikit bila dah out of control. Ain ni salah satu student yang ada karisma yang memberi dia kelebihan dalam setiap persembahan dia.

FARINA - Cantik (7/10)
I like this performance. Dari segi persembahan dan movement Farina memang menguasai dan ada groove yang bagus walaupun nampak sopan sikit la tapi ok dan tak nak nampak overdoing. Cuma Farina ada masalah di low note jugak bila tak dengar sangat lirik dan ada lari pitching sikit. Tapi overall memang persembahan yang menarik dari Farina.

SHAHIR - Derita cinta (6/10)
Bila dengar sekali, memang macam Jamal Abdillah. Itu la masalah Shahir untuk persembahan minggu ini. Originality tak nampak sangat dalam menyampaikan lagu ni. Vokal dah ok, cuma kalau boleh jangan terlalu terikut-ikut dengan gaya penyanyi asal dalam penyampaian. Macam Shahir nyanyi lagu M. Nasir dulu time tirai pun dengar macam M. Nasir jugak...

MAULANA - So sick (6.5/10)
Maulana antara student lelaki yang ada kawalan vokal yang paling baik. Tapi di lagu ni Maulana nampak macam overdoing dengan vokal sehingga ada bahagian lagu mungkin tak jelas. Persembahan pulak ok saja dan kadang-kadang mengganggu tumpuan ketika menyanyi.

IWAN - Permaisuriku (4/10)
Semakin hari Iwan nampak semakin menurun prestasinya. Tak tahu kenapa. Iwan dah ada segalanya tapi nampaknya kurang dimanfaatkan dengan sebaiknya. Nyanyian Iwan sangat tidak bertenaga.

ADIRA - kini (6/10)
Lagu ni walaupun simple tapi hakikatnya menguji jugak. Adira diuji untuk memerdukan suaranya di lagu ni dan hasilnya kurang berjaya sikit. Suara lebar Adira kedengaran lagi.. Jadi lagu yang ala-ala santai ni menjadi lagu yang tidak santai apabila Adira menyanyikannya dengan agak kasar sikit. Walaubagaimanapun tetap persembahan yang baik dari Adira.

ANUM - Kau atau aku (5.5/10)
Kredit markah yang tinggi boleh diberikan kepada Anum dari segi persembahan pentas. Tapi untuk vokal, Anum memang banyak kena belajar lagi. Teknik nyanyian Anum masih lemah dan tidak konsisten. Tapi kelebihan Anum dia berani untuk mencuba.

Ranking persembahan:
1. Farina (7/10)
2. Maulana (6.5/10)
3. Alif (6.5/10)
4. Adira (6/10)
5. Ain (6/10)
6. Shahir (6/10)
7. Daus (5.5/10)
8. Anum (5.5/10)
9. Nad (4/10)
10. Iwan (4/10)

TUGASAN MINGGU KETIGA

Sekarang dah masuk minggu baru.. Minggu ketiga.. So mari kita tengok lagu apa pulak yang menjadi taruhan minggu ini...

LELAKI

ALIF – Sesuatu Janji (Taufik Batisah)
Not bad untuk suara dia.. Kita tengok bagaimana hasilnya nanti..

SHAHIR – Derita Cinta (Jamal Abdillah)
Lagu yang agak bahaya. Moga Shahir berjaya menyampaikannya nanti..

IWAN – Permaisuriku (Jay Jay)
Lagu baru ni. Tak familiar sangat.

MAULANA – So Sick (Ne-Yo)
Satu cabaran untuk Maulana.

DAUS – Separuh Jiwaku Pergi (Anang)
Lagu best. To Daus, manfaatkan peluang yang ada untuk menyerlahkan diri.

WANITA

AIN – Cinta Antara Benua (Arni Nazira)
Lama dah tak dengar lagu ni..

FARINA – Cantik (Nikki)
Nikki?? Farina harus bekerja keras!

ANUM – Kau Atau Aku (Main Tarik Tali) (Elyana)
Satu lagi lagu yang memang sesuai ngan Anum.

NAD – Bulan Cinta (Eva)
Nad in trouble.. Lagu yang memang boleh membunuh.. (kenapa lagu ni??)

ADIRA – Kini (Feminin)
Em... No komen.. Tapi macam tak kena je lagu ni untuk tugasan konsert. Tak sesuai...

LAGU BONUS DEBARAN

GENERASI HEBAT – (HAFIZ, ARIL, AKIM DAN BLACK)
Hebat ke mereka menyampaikan lagu ni nanti?? Hehehe....

SELAMAT TINGGAL ADIKKU...

Minggu kedua Debaran AF8 menyaksikan berakhirnya perjuangan Ema untuk menuju puncak.. Kesian jugak la kat students untuk musim ni sebab minggu2 awal pun dah ade penyingkiran. Dengan hanya ada 12 orang students kenapa la tak buat macam AF2 dulu.. Minggu 3 baru ada penyingkiran...

IWAN 12.47
ALIF 12.30
DAUS 9.84
ADIRA 9.37
SHAHIR 9.34
NAD 8.54
FARINA 8.03
ANUM 7.99
MAULANA 7.71
AIN 7.38
EMA 7.03

Saturday, April 3, 2010

KONSERT AF8 (MINGGU KEDUA)

Sori sebab lambat sikit update untuk second concert.. (dah nak konsert 3 dah.. hehehe...) So just a quick review... Overall... Konsert kedua ni tak jauh berbeza sangat dari konsert pertama. Tapi ada jugak beberapa students yang kita boleh nampak improvement dari first concert yang lepas. Semua students ni kena keja lebih keras lagi untuk menyerlahkan diri sebab masing-masing masih nampak macam tak pasti dengan apa yang diorang buat stiap kali perform atas pentas. Bila la agaknya magic untuk AF8 ni nak muncul? Sepatutnya konsert first lagi magic tu dah ada dan itulah yang menarik penonton untuk terus menonton AF. Antara perubahan minggu kedua yang sememangnya tak masuk dek akal ialah apabila lagu menuju puncak tidak ditarikan di hujung konsert, dan perkara ini telah menjadikan konsert AF8 menjadi lebih tidak seronok untuk ditonton. Kepada pihak penerbit AF8, tolong jangan keluarkan tarian menuju puncak selepas konsert! Menuju Puncak tu salah satu klimaks untuk setiap konsert AF... huhuhu... So, just a quick review on the students' performances...

EMA - Pakai Buang (5/10)
Lagu Stacy jadi opening untuk minggu ni. Dari segi stage performance, tak ade yang nak dirisaukan sangat sebab rasanya ok cuma ada la bahagian-bahagian yang kena improve lagi. Tapi kalau ada yang perasan la, vokal Ema tak macam pelik sikit.. Kedengaran lebar.. (tak pasti sama ada tu suara Ema atau backing vocals) especially part chorus untuk lagu ni.

DAUS - Menatap matamu (6.5/10)
Buat kesekian kalinya, lagu ni memang tak sesuai untuk pertandingan, apalagi AF.. Tapi Daus dah berjaya la jugak menyampaikan lagu ini tak seperti Aril. Dari segi ekspresi wajah baik untuk minggu ini, cuma ada di beberapa bahagian lagu pada vokal Daus yang masih tak forward (bak kata Deja Moss.. hehe..) Persembahan meningkat dan lebih menarik berbanding minggu lepas time dia nyanyi lagu Wali Band tu.

NAD -Aku wanita biasa (4.5/10)
Lagu ni terlalu besar untuk Nad. Vokal Nad tak cukup outstanding untuk lagu ni. Tapi at least Nad dapat menyanyikan lagu ni dengan baik. Tapi dari awal sampai akhir, vokal Nad kedengaran mendatar. Nasib key lagu dinaikkan sedikit, kalau masih stick ngan key asal Krisdayanti, tak tau la mcmana Nad.. Gaya persembahan walaupun simple, just ok tapi nampak sangat kaku di atas pentas.

ALIF - Dance with my father (5/10)
Tak tau kenapa, saya ada masalah jugak dengan vokal Alif (walaupun tak ada yang salahnya...) Cuma ada rasa tak selesa bila dengar. Bila nak dinilai dari aspek teknikal vokal, Alif mungkin berjaya menguasai secara keseluruhannya. Tapi persembahan visual Alif mungkin nampak kurang menyentuh pendengar, pendek kata tak seiring dengan kehebatan vokal. Perlu diingatkan kalau kita nyanyi, ekspresi dan persembahan harus datang sekali or else, persembahan jadi nampak biasa.

FARINA - Ketentuan (5.5/10)
Saya mungkin ada pendapat yang tersendiri tentang persembahan Farina untuk konsert kedua ni. Dari segi persembahan vokal ok, cuma mungkin Farina ada masalah dari segi sebutan yang ala-ala orang putih tu...

IWAN - Mencari konklusi (4.5/10)
Emm.. Persembahan Iwan nampak macam tak bertenaga. Nampak sangat bayangan Kumpulan Hujan dalam persembahan ni. Vokal tak begitu menyerlah. Stage act pun gitu-gitu je...

ANUM - Sekadar di pinggiran (4.5/10)
sebuah lagu indah yang mungkin telah dibazirkan kerana diberikan kepada pelajar yang kurang tepat. Penyampaian Anum untuk lagu ni nampak keras dan tidak beremosi. Lagu ni mungkin boleh jadi sangat menarik jika Anum bijak mengolah vokal husky nya untuk menyampaikan lagu ni. Persembahan pentas ok, cuma masalah sangat ketara dalam vokal yang memang tak dapat diselindungkan..

MAULANA - hasrat hati (8/10)
Kelebihan untuk Maulana ialah lagu asal telah diubah arrangement dan menjadikannya menarik bagi mereka yang tau lagu ni. Tapi kebolehan Maulana menyampaikan lagu bergenre jazz memang tidak dapat nak disangkal. Secara keseluruhan persembahan amat menghiburkan sama ada dari segi vokal dan persembahan pentas. Cuma suntikan jazz dalam groove perlu lebih dipertingkatkan lagi.

AIN - Happy (4/10)
Kesian jugak kat Ain, sekali lagi dia diuji dengan lagu rancak yang sememangnya bukan diri Ain. Persembahan nampak sangat berterabur sedikit. Vokal susah nak cakap, ada masalah pitch di sana sini memang jelas boleh dengar. Pakaian pun nampak tak best..

SHAHIR - Jangan nakal (4/10)
Lagu dah best.. Tapi Shahir kurang berjaya nak menyampaikan lagu ni tepat dengan emosi dan penghayatan. Vokal Shahir masih nampak ditahan-tahan dan tak project dengan betul sebab ada bahagian-bahagian lagu tertentu tak dapat nak dengar jelas..

ADIRA - Ku percaya ada cinta (7/10)
Adira konsisten dengan persembahan yang boleh membanggakan untuk minggu kedua. Namun dinamik dan kemerduan vokal perlu belajar lagi supaya nyanyian akan jadi lebih bagus dan sedap didengar..

Siapakah bakal tersingkir????


Tuesday, March 23, 2010

TUGASAN MINGGU KEDUA

Based on diari Laporan pertama minggu kedua, ni lah antara lagu tugasan pelajar untuk minggu kedua ni:
Lagu tugasan pelajar lelaki:

Shahir - JANGAN NAKAL (Alif Sattar)
Iwan - MENCARI KONKLUSI (Hujan)
Daus - MENATAP MATAMU (Aril AF7)
Alif - DANCE WITH MY FATHER (Luther Vandross)
Maulana - HASRAT HATI (S. Mariam)

Lagu tugasan pelajar perempuan:

Ema - PAKAI BUANG (Stacy AF6)
Nad - AKU WANITA BIASA (Krisdayanti)
Adira - KU PERCAYA ADA CINTA (Siti Nurhaliza)
Farina - KETENTUAN (Ramlah Ram)
Anum - SEKADAR DI PINGGIRAN (Francisca Peter)
Ain - HAPPY (Amy Mastura)

Waaaa... Banyak lagu best second konsert ni... tapi kalau konsert kedua ni masih sama macam konsert pertama, no komen la.. Tak tau la nak cakap apa lagi... :P

Monday, March 22, 2010

DAHSYAT!!!


Tagline "Dahsyat" sememangnya tak mampu nak memberikan peluang kepada Shah untuk kekal lama di AF8. Satu sejarah AF terlakar pada malam Debaran AF8 hari ahad lalu di mana penyingkiran pertama adalah di kalangan pelajar lelaki. Dengan ini, kita boleh melihat dengan jelas bahawa Shah mungkin bukan pilihan pengundi-pengundi wanita kerana sebab yang saya tak nak ulaskan kan sini... Semuanya faham.. hehe.. Tapi tidak dinafikan jugak yang untuk AF8, pelajar wanita secara keseluruhannya lebih menyerlah dari pelajar lelaki.
Kita berbalik kepada penyingkiran Shah. Kalau nak dikatakan siapa yang sepatutnya tersingkir kalau ikut juri, mungkin Nad atau Daus. Shah mungkin ada di ranking yang selesa untuk bertahan. Namun, sememangnya jari yang menjadi juri, jadi keputusan tetap tidak menyebelahi Shah. Ni merupakan carta undian selepas ditutup:

1 ANUM 25%
2 AIN 12%
3 SHAHIR 11%
4 IWAN 10%
5 ADIRA 9%
6 EMA 7%
7 FARINA 6%
8 NAD 6%
9 DAUS 5%
10 MAULANA 4%
11 ALIF 3%
12 SHAH 3%


Pasal Debaran pulak, sebenarnya macam tak perlu nak dibuat. Baik penyingkiran dibuat terus selepas konsert macam AF yang lepas-lepas. Dan hope tugasan untuk minggu kedua, pihak produksi cubalah sedaya upaya untuk memberikan lagu yang sememangnya sesuai dan ngam dengan vokal setiap students. Barulah best... Huhuhu... Gudluck untuk Shah dan semoga akan terus berjaya di luar Akademi...

Saturday, March 20, 2010

KONSERT AF8 (MINGGU PERTAMA)

Semua para peminat AF8 semestinya sangat teruja dan tak sabar-sabar nak tengok persembahan pelajar-pelajar AF8 untuk konsert yang pertama ni, dengan harapan persembahan mereka akan lebih baik dari Tirai yang lalu. Ye la kan.. Dari segi pemilihan lagu oleh pihak produksi pun not bad. Semuanya lagu-lagu yang sedap dan boleh dikatakan top la sekarang ni...
Tapi, tahap keterujaan itu mungkin hilang sedikit sebab mungkin apa yang dipersembahkan tak seperti yang diharapkan. Secara keseluruhannya, Konsert Pertama AF8 tidak begitu mengecewakan. Cuma mungkin ada beberapa faktor yang menyebabkan konsert AF8 tahun ni agak tidak "meriah" seperti konsert AF musim-musim yang lalu. Antara kelainan ketara yang ditonjolkan untuk AF8 kali ni ialah dengan pemendekan lagu tugasan pelajar untuk dipersembahkan. Rasanya tak best la kalau nyanyi setengah-setengah je.. Mana tak nya feel students pun tinggal setengah.. Hehe.. Ada lagu yang sesuai dipotong dan ada lagu yang agak pelik bunyinya lepas dipotong (terutama lagu Bengang..) AF7 pun potong lagu jugak tapi macam tak nampak sangat lagu tu dah dipotong. Faktor yang lain lagi ialah durasi masa konsert yang semakin pendek menyebabkan rancangan macam rushing nak dihabiskan.. Kesian jugak tengok Iwan yang jadi pelajar terakhir buat persembahan. Magic jugak la macam mana dia boleh tukar baju dalam tempoh masa kurang dari 5 minit. Mic pun dah tak tentu arah sampai ke hidung.. hehe.. Memang nampak rushing Sarimah dan Jimmy nak kejar masa. Benda macam ni sebenarnya boleh effect mood penonton yang tengok.. Dari segi stage dia pulak, Just nice la.. Tak ada masalah sangat.. Lagi satu, sound system plak sekejap kuat sekejap tak kuat.. Itu untuk overall.. Sekarang mari kita reflect satu-persatu persembahan pelajar...

MAULANA - Extravaganza (6/10)
PELAJAR DAN LAGU? - SESUAI
Opening dah ok.. Cuma macam tak ada energy sangat. Persembahan macam nampak terlalu berjaga-jaga dan berhati-hati. Time nak lompat nampak macam teragak-agak dan takut. Vokal pulak ok la, lain dari minggu lepas. Vokal versatile, at least tak pelik bila bawak lagu pelbagai genre (untuk rnb dan pop rock dan lepas la.. kita tunggu tradisional pulak.. hehe..)

ADIRA - Bertamu di kalbu (8/10)
PELAJAR DAN LAGU? - SESUAI SANGAT
Best performance of the night rasanya. Persembahan simple tapi just nice. Tapi ekspresi muka nampak sikit macam takut-takut tapi yang lain ok. Vokal lantang dan merdu cuma ada beberapa bahagian masih macam terlalu nyaring dan out of control especially high note yang menyebabkan nampak macam jerit-jerit. overall persembahan sangat baik dan meningkat dari Tirai minggu lepas. Suara merdu dan lantang jelas kedengaran.

SHAHIR - Khatimah cinta (6/10)
PELAJAR DAN LAGU? - KURANG SESUAI SIKIT..
Suara nampak macam ditahan-tahan. Tak tau la kenapa. Suara memang tak jelas sangat especially time high note (kalau dengar kat tv la..) Persembahan pentas pun simple je.. Cuma tu je la.. Suara tak jelas.. Lagu tak ngam sangat jugak kot..

NAD - ERT (4.5/10)
PELAJAR DAN LAGU? - SESUAI
Antara persembahan yang agak lemah sedikit. Sebenarnya suara dan vokal Nad memang dah sesuai sangat dengan lagu ni. Cuma mungkin vocal control, dinamik dan attitude masih tak cukup lagi untuk lagu ni. Persembahan pulak nampak berhati-hati jugak, pergerakan kecik-kecik dan nampak tak natural. Tapi good effort sebab Nad cool dan berani.

DAUS - Cari jodoh (5/10)
PELAJAR DAN LAGU? - KURANG SESUAI
Kalau dari segi persembahan, tarian time korus tu je yang mungkin membantu untuk menampakkan persembahan Daus menarik, selain tu lakonan time verse nampak tak dirancang, messy sikit dan menenggelamkan Daus. Vokal Daus yang lembut memang tak cukup kuat untuk bawa lagu ni untuk tempoh latihan yang singkat. Dan rasanya koreografi sedikit mengganggu persembahan vokal. Tapi tahniah sebab berani terima cabaran. (Ye la kan.. Lagu mana boleh pilih-pilih.. Dapat lagu tak ngam suara so itu cabaran la.. )

FARINA - Paparazzi (5/10)
PELAJAR DAN LAGU? - SESUAI
Farina pun macam Nad jugak, attitude tak cukup dalam persembahan vokal dan persembahan pentas. Semuanya nampak macam terlalu berhati-hati dan nampak takut-takut. Lagu dah dam dum dam dum, tapi jalan tak kena dengan bunyi beat lagu. Vokal pun tak terserlah macam Tirai, mungkin lagu ni memang tak membantu meyerlahkan vokal sangat.

ALIF - Kau aku (6.5/10)
PELAJAR DAN LAGU? - SANGAT TAK SESUAI
Secara jujurnya, bila dapat tau Alif dapat lagu ni memang dah rasa semacam. Dah boleh bayangkan macamana dia bawa lagu ni. Kalau nak lihat dari segi teknikal dan persembahan, memang tak ada masalah besar. Alif sangat selesa di pentas dan nyanyian pun baik. Cuma masalahnya (tak tau la orang lain ada masalah ni..) tone suara dia memang tak ngam dengan lagu ni.. Kedengaran sedikit janggal.. Tapi keseluruhannya persembahan Alif baik dan bagusla.. (tak tau nak pakai word ape dah..)

ANUM - Aku tak percaya cinta (6.5/10)
PELAJAR DAN LAGU? - SESUAI
At least persembahan Anum lebih baik dan lebih terancang kalau nak dibandingkan waktu Tirai minggu lepas. Energy level ok. Anum tak nampak tenggelam kalau join penari-penari kat pentas. Tapi dari segi persembahan vokal, agak berterabur sedikit. Kawalan vokal agak kurang sebab banyak menari.

SHAH - Bengang (7/10)
PELAJAR DAN LAGU? - SESUAI
Persembahan Shah boleh tahan, cuma nampak macam biasa. Lagu popular memang risiko sangat besar untuk dibanding-banding. Persembahan vokal Shah tak banyak yang kurang, ada beberapa bahagian yang diimprovisasi dan itu dah bagus. Cuma bahagian-bahagian yang lainnya kita mungkin boleh dengar "Akim" yang menyanyikan lagu ni. Certain parts nyanyian ada masalah tempo yang tak ketara sangat tapi dapat cover.

AIN - Hey ladies (6/10)
PELAJAR DAN LAGU? - SESUAI
Sama jugak seperti Nad dan Farina. Persembahan pentas tak cukup attitude. Kenapa la agaknya produksi bagi dia nyanyi pakai skirt untuk lagu ni? Nampak kurang sesuai la sebab skirt kena pakai ngan kasut tinggi dan time dia nyanyi memang nampak sangat dia berhati-hati, jadi persembahan dah nampak tak natural. Vokal pulak dah ok just perlu kawalan je lagi..

EMA - Yang terbaik (7/10)
PELAJAR DAN LAGU? - SESUAI
Sebenarnya tak perlu ada pelakon tambahan untuk persembahan Ema, dia sorang je mungkin dah cukup sebab nampak sangat la pelakon tambahan yang ada tu menjadikan persembahan Ema nampak kucar kacir dan tak de arah tujuan. Kawalan vokal dan dinamik memang sangat bagus. Seronok telinga ini mendengar. Cuma high note kena berlatih lagi ye..

IWAN - Haven't met you yet (7/10)
PELAJAR DAN LAGU? - SESUAI
Antara persembahan yang menarik....... di pembukaannya la......... Tapi bila dah nak habis lagu tu nampak macam energy kurang. Kalau tak silap ada satu part dia nyanyi suara terpecah sikit tapi tak dengar sangat la. Jazzy style ada tapi masih kurang.. Vokal sangat sesuai dengan lagu tapi nampak ikut sangat gaya penyanyi asal nyanyi, improvisasi terhadap lagu kurang. Tapi overall persembahan menghiburkan jugak la...

So, kalau nak bagi ranking persembahan malam ni, ni la kot.. Bagi saya la...
1. Adira (8/10)
2. Ema (7/10)
3. Iwan (7/10)
4. Shah (7/10)
5. Alif (6.5/10)
6. Anum (6.5/10)
7. Maulana (6/10)
8. Ain (6/10)
9. Shahir (6/10)
10. Daus (5/10)
11. Farina (5/10)
12. Nad (4.5/10)

Friday, March 19, 2010

SIAPA MEREKA?

Setelah 4 hari diari berlangsung, 1 Malaysia dah dapat melihat sedikit sebanyak karakter setiap seorang dari pelajar AF8. At least kita telah mendapat sedikit gambaran awal la tentang personaliti dan karakter diorang satu persatu.. Ni ikut pemerhatian saya la...



ADIRA
Emm... Kalau nak dibandingkan dengan Ema, Adira mungkin lebih menonjol sebab dia adik kot. Agak peramah, tapi tetap pemalu. Lagi satu, dia lebih tabah skit dari kakak dia sebab time kakak dia menangis rindukan famili dialah yang tolong pujuk kakak dia.. hehe..














AIN
Ain pulak nampak macam seorang yang yang hepi go lucky la jugak.. Tak tau la macamana sangat sebab kat diari tak tunjuk sangat Ain. Tapi boleh tahan jugak banyak main.















ALIF
Biasalah.. Budak umur belasan tahun dan baru habis sekolah.. Memang nakal-nakal dan penuh dengan excitement. Nampak macam serius belajar..
















ANUM
Suka main dengan kamera dan merupakan pelajar kamera tahun ni.. (kot.. hehe..) Boleh nampak la banyak jugak mainnya kat dalam kelas. Tapi karakter menarik dan hyperaktif kot..















DAUS
Emm... Seorang yang boleh dikatakan tersangatlah pemalu.. Boleh nampak time sesi pengenalan tag line dengan pengetua. Mungkin masih tak biasa lagi dengan environment dan situasi. Tapi boleh develop lagi konfiden tu...















EMA
Nampak ada ciri-ciri kekakakkan (ntah betul ke tak bahasa ni.. faham2 je la.. hehe..) Boleh nampak la dari segi pembawaan diri dalam akademi.
















FARINA
Pelajar yang paling senior tahun ni. Nampak matang dan cool je time kat diari. Mungkin naluri keibuan yang dah ada pada Farina menjadikan dia lebih bertenang. Tapi masih malu-malu jugak.. (honestly dia tak macam ibu pun... :P)















IWAN
Nampak macam pendiam, tapi kalau sampai masanya, terserlah jugak kot sikap gila2 dia ni.. tapi tak pe, diam2 ubi berisi...
















MAULANA
Mungkin dia pelajar lelaki yang paling menonjol setakat ni sebab student kan.. So mungkin pembawakan diri di dalam komuniti sosial tu lebih baik dari yang lain. Gila2 jugak kot..















NAD
Sporting, nampak suka menyakat.. Macam selamba pun ada, tapi itu lebih baik..
















SHAH
From my observation, nampak Shah seorang sensitif.. Mudah menangis sebab sesuatu.. Tak pe jadi sensitif.. Normal tu bah.. hehe
















SHAHIR
Dia ni pun pendiam jugak.. Tapi ada masa dan ketikanya perangai sebenar menyerlah.. bergantung pada situasi la..















Ini cuma pendapat yang terhad sebab kita hanya dapat tengok sebahagian gelagat mereka sahaja.. Pelajar perempuan agak menyerlah di diari untuk AF8 ni.. So, apa pulak pendapat anda tentang mereka..?? :P

Tuesday, March 16, 2010

TUGASAN MINGGU PERTAMA

Dalam diari episod 1, telah didedahkan lagu-lagu tugasan untuk minggu pertama. Ini dia...

Lagu tugasan pelajar lelaki:

Iwan - HAVENT MET YOU YET (Micheal Buble)
Lagu sesuai dengan vokal. Menarik la.

Shahir - KHATIMAH CINTA (Sixth Sense)
Not bad dia nyanyi time diari tadi. So harap lenggok-lenggok arab dia tak ketara sangat untuk lagu ni.

Shah - BENGANG (Akim AF7)
Em.. Lagu ni mungkin tak dapat nak menampakkan variasi vokal dia. Jadi suara mungkin nampak biasa. So kena banyak work hard la untuk jadikan lagu ni menarik sebab orang biasa dah dengar. (bahaya dapat lagu orang familiar)

Daus - CARI JODOH (Wali Band)
Satu cabaran yang besar buat Daus. Tapi kalau nak tengok kesesuaian vokal memang ada untuk lagu ni. Tengok la macam mana nanti hasilnya...

Alif - KAU AKU (Aizat)
Macam tak kena je lagu ni dengan dia. Agak kesian la sebab dia dapat lagu ni. Sebab suara dia not really suits this song. Memang susah nak cari lagu untuk Alif yang ada vokal unik. So harap dia dapat do his best dan buat lagu ni lain dari yang biasa dengan keunikan yang dia ada.

Maulana - EXTRAVAGANZA (Bunkface)
Honestly tak pernah dengar lagu ni. Heheh.. So, nak follow up la progress dia untuk lagu ni..


Lagu tugasan pelajar perempuan:

Ema - YANG TERBAIK (Marsha AF3)
Sesuai sangat dapat lagu ni. Harap Ema dapat buat lagu ni jadi lagu sendiri.

Ain - HEY LADIES (Rossa)
Fast number track. Ain kena kerja keras, or else memang semput. Laju lagu ni.

Anum - AKU TAK PERCAYA CINTA (Liyana Jasmay)
Nampaknya Anum tak suka lagu ni. Memang menguji mental dan fizikal sebab banyak benda nak dikawal supaya lagu ni dapat disampaikan dengan baik. Dah nama kat akademi, so lagu apa yang dapat kena la suka jugak walaupun tak suka... :P

Farina - PAPARAZZI (Lady Gaga)
Dapat lagu Inggeris. Diction time nyanyi skit kat diari (episod 2) not bad la. Cuma btul kata cikgu Ct, kena cari lagi groove dalam melodi lagu tu lagi baru dapat feel betul2...

Adira - BERTAMU DI KALBU (Jaclyn Victor)
Lagu Jac.. Vokal Adira memang lain dari Jac. Vokal Adira boleh disifatkan macam vokal yang terbentang luas, lebar dan lantang..

Nad - ERT (Farah Asyikin)
lagu ni memang sesuai untuk dia. Tapi masih nampak tak konfiden time diari sebab tak pernah dengar lagu ni. Kalau dia boleh tingkatkan self esteem memang boleh kasi pecah la sebab lagu ni memang sweet sangat untuk vokal dan karakter dia.

Lagu tugasan berkumpulan untuk debaran AF:
JANGAN ADA BENCI (Casey)
Nape la lagu sedih sangat..... :(

Overall, pemilihan lagu untuk tugasan minggu pertama not bad la.. At least konsert pertama banyak la lagu-lagu yang best. Tapi, mungkin lagu untuk debaran AF tu agak tak best sikit.. Sebab macam sedih sangat. Untuk minggu pertama debaran ni biarlah lagu yang ceria sikit.. :P

TIRAI AKADEMI FANTASIA 8

Sama seperti tahun yang lepas, AF8 dimulakan dengan tirainya. Cuma pendekatan pada tahun ini agak berlainan di mana untuk Tirai AF8, pihak Astro membuat konsert pengenalan 12 pelajar dan tidak memaparkan sesi kejutan untuk pelajar-pelajar. Perubahan yang dibuat ini mungkin ada baik dan buruknya. Baiknya di sini kita dapat tahu secara ringkas bakat dan personaliti pelajar, dan buruknya pula tradisi AF telah diubah. Kira hilang sikitla seri rancangan ini sebab paparan kejutan itulah antara daya penarik untuk Tirai AF. Tapi, kita bagi peluang dulu. Untuk konsert pengenalan, setiap pelajar diberi kebebasan untuk memilih lagu yang ingin disampaikan, dan secara keseluruhannya, banyak pelajar yang salah pilih lagu. Lagu yang dipilih kurang sesuai dengan kemampuan vokal. Tapi takpe, baru permulaan. Ini review saya untuk konsert pengenalan Sabtu yang lepas...

FARINA - TIADA LAGI (7/10)
Vokal Farina tersendiri. Namun dari segi stage present, banyak lagi nak diperbaiki. Berani membuat improvisasi dalam nyanyian, tapi macam terlebih sikit. Kalau boleh agak-agak la ikut kesesuaian.

SHAH - DRAMA KING (7.5/10)
Hmm... Sebenarnya harap-harap la dia nyanyi lagu slow malam tu. Tup2 Meet Uncle Hussein. Nah... Stamina masih kurang dan tau2 la sebabnya. Tapi itu bukan masalahnya. Vokal ada iras-iras Fazly Zainal sikitla. Rasanya ada tempo problem skit. Overall, ok la tu...

ANUM - PELESIT KOTA (5/10)
Opening dah mantap. Tapi, bila dah nak habis lagu macam tak tentu arah sikit. Nampak sangat macam tak tahu nak buat apa lagi selain toleh kanan kiri main rambut. hehe.. Vokal ada kekuatan tersendiri tapi masih belum dapat kawal dengan baik.

DAUS - BYE BYE BYE (6.5/10)
Sayang sekali tersalah pilih lagu.... Memang tak sangka dia akan bawa lagu ni malam tu. Lagu malam tu sememangnya tak begitu menonjolkan vokal lembut yang dia ada. Hope konsert first dapat la dengar suara lembut dia nanti.

EMA - TIADA LAGI TANGISAN (5/10)
Kesian kat dia. Kenapa la pihak Astro kacau bilaukan lagu tu sampai Ema nyanyi macam tak betul. Totally perubahan pada lagu tu buat nyanyian dia macam kelam kabut sikit. Suara ok la.. ada power la jugak. Stage present kena blatih lagi..

ADIRA - GAGAP (6/10)
Sama macam Daus jugak, salah pilih lagu ni.. Suara dia ni pun lain dari yang lain jugak. Nyanyian ada salah pitch sikit, tapi boleh cover. Stamina kena banyak improve so tak la nampak semput. Suara lain dari kakak dia..

MAULANA - TEKAD (6/10)
Suara dah best, tak la teruk sangat tapi nyanyi macam tak ada feeling. Ekpresi muka kena blajar banyak. pakej macam dah ada. Tapi kena blajar mengawal vokal lagi..

ALIF - LIVE LIKE WERE DYING (7/10)
Antara pelajar yang ada suara unik, tapi macam tak kena sangat dengan lagu yang dia bawa malam tu. Stage performance memang tak dinafikan bagus. Susah rasanya pihak tenaga pengajar nak cari lagu yang sesuai dengan suara dia...

NAD - GANTUNG (4.5/10)
Mungkin dia pelajar wanita yang terlemah sekali dalam vokal. Tapi kelebihan dia ni suara dia unik jugak dan tone dia lain. Menarik untuk didengar. Harap dia belajar betul-betul la kat akademi sebab kalau dia boleh kawal vokal dengan baik, alangkah indahnya lagu gantung tu...

IWAN - CUBA (7.5/10)
Kesian.. Suara hilang. Tapi ada daya tarikan dari segi vokal dan personaliti. Mungkin boleh jadi saingan sengit untuk peserta yang lain. antara performance yang the best la malam tu.. (awal-awal la. dah nak ujung skit suara tak sampai.. hehe)

SYAHIR - ANDALUSIA (7/10)
Persembahan macam tiru M.Nasir. Tapi peniruan yang meyakinkan dan berjayalah. Tapi kita tak nak M.Nasir, kita nak Syahir. So harap dia boleh fikirkan identiti sendiri. Vokal lembut ala-ala Mawi...

AIN - THE CLIMB (8 - 10)
The best performance of the night rasanya.. Vokal memang unik jugak. Walaupun boleh dikatakan bagus, tapi tetap masih banyak yang nak kena belajar..

Review kat atas ni hanyalah pendapat peribadi sahaja.. tak salah sekiranya kita memberi pendapat untuk mambantu meningkatkan apa yang kita ada.. So harap2 sudi la follow review dari blog ni...

SELAMAT DATANG KE BLOG AF8

Selamat mengunjungi blog AF8. Blog ini adalah blog umum untuk Akademi Fantasia Musim ke 8 dan bertujuan untuk membincang serta membuat review peribadi untuk konsert-konsert mingguan di samping menyampaikan info-info terkini sepanjang AF8 kali ini.