Tuesday, April 20, 2010

KONSERT AF8 (MINGGU KETIGA)

Minggu ketiga... Sudah dua konsert berlalu.. Dan sekarang sudah konsert yang ketiga untuk AF8.. Tapi, macam masih belum panas lagi pentas diorang. Secara peribadi, belum ada lagi students yang memang betul2 "wow" dan memukau dengan hebat sekali.. So, ni review ringkas untuk konsert minggu ketiga..

NAD - Bulan Cinta (4/10)
Kesian.. Macam jadi mangsa keadaan. Kenapa la lagu ni diberi kat Nad? Walaupun nak memberi cabaran kepada student tapi janganla terus kepada cabaran yang susah sangat macam ni. Vokal Nad memang unik dan menarik untuk didengar, tapi ye la. Lagu ni memang bukan Nad. Persembahan agak kaku sikit, tapi tahniah untuk Nad sebab dah usaha sedaya yang mampu.

DAUS - Separuh jiwaku pergi (5.5/10)
Low note Daus masih bermasalah. Macam tak dengar sangat dan nafas macam tak cukup untuk project suara. Dan sebutan begini dah jadi "bergini".. hehehe.. Tapi dari segi persembahan pentas, Daus dah tak nampak kaku sangat. Secara keseluruhan, vokal Daus biasa saje..

ALIF - Sesuatu janji (6.5/10)
Sama macam Daus, bermasalah dalam low note. Suara besar, bila buat low note memang susah sikit nak tangkap word yang disebut. Performance memang mantap selalu.

AIN - Cinta antara benua (6/10)
Projection perlu perbaiki lagi. Low note nice, tapi high note ada masalah sikit bila dah out of control. Ain ni salah satu student yang ada karisma yang memberi dia kelebihan dalam setiap persembahan dia.

FARINA - Cantik (7/10)
I like this performance. Dari segi persembahan dan movement Farina memang menguasai dan ada groove yang bagus walaupun nampak sopan sikit la tapi ok dan tak nak nampak overdoing. Cuma Farina ada masalah di low note jugak bila tak dengar sangat lirik dan ada lari pitching sikit. Tapi overall memang persembahan yang menarik dari Farina.

SHAHIR - Derita cinta (6/10)
Bila dengar sekali, memang macam Jamal Abdillah. Itu la masalah Shahir untuk persembahan minggu ini. Originality tak nampak sangat dalam menyampaikan lagu ni. Vokal dah ok, cuma kalau boleh jangan terlalu terikut-ikut dengan gaya penyanyi asal dalam penyampaian. Macam Shahir nyanyi lagu M. Nasir dulu time tirai pun dengar macam M. Nasir jugak...

MAULANA - So sick (6.5/10)
Maulana antara student lelaki yang ada kawalan vokal yang paling baik. Tapi di lagu ni Maulana nampak macam overdoing dengan vokal sehingga ada bahagian lagu mungkin tak jelas. Persembahan pulak ok saja dan kadang-kadang mengganggu tumpuan ketika menyanyi.

IWAN - Permaisuriku (4/10)
Semakin hari Iwan nampak semakin menurun prestasinya. Tak tahu kenapa. Iwan dah ada segalanya tapi nampaknya kurang dimanfaatkan dengan sebaiknya. Nyanyian Iwan sangat tidak bertenaga.

ADIRA - kini (6/10)
Lagu ni walaupun simple tapi hakikatnya menguji jugak. Adira diuji untuk memerdukan suaranya di lagu ni dan hasilnya kurang berjaya sikit. Suara lebar Adira kedengaran lagi.. Jadi lagu yang ala-ala santai ni menjadi lagu yang tidak santai apabila Adira menyanyikannya dengan agak kasar sikit. Walaubagaimanapun tetap persembahan yang baik dari Adira.

ANUM - Kau atau aku (5.5/10)
Kredit markah yang tinggi boleh diberikan kepada Anum dari segi persembahan pentas. Tapi untuk vokal, Anum memang banyak kena belajar lagi. Teknik nyanyian Anum masih lemah dan tidak konsisten. Tapi kelebihan Anum dia berani untuk mencuba.

Ranking persembahan:
1. Farina (7/10)
2. Maulana (6.5/10)
3. Alif (6.5/10)
4. Adira (6/10)
5. Ain (6/10)
6. Shahir (6/10)
7. Daus (5.5/10)
8. Anum (5.5/10)
9. Nad (4/10)
10. Iwan (4/10)

TUGASAN MINGGU KETIGA

Sekarang dah masuk minggu baru.. Minggu ketiga.. So mari kita tengok lagu apa pulak yang menjadi taruhan minggu ini...

LELAKI

ALIF – Sesuatu Janji (Taufik Batisah)
Not bad untuk suara dia.. Kita tengok bagaimana hasilnya nanti..

SHAHIR – Derita Cinta (Jamal Abdillah)
Lagu yang agak bahaya. Moga Shahir berjaya menyampaikannya nanti..

IWAN – Permaisuriku (Jay Jay)
Lagu baru ni. Tak familiar sangat.

MAULANA – So Sick (Ne-Yo)
Satu cabaran untuk Maulana.

DAUS – Separuh Jiwaku Pergi (Anang)
Lagu best. To Daus, manfaatkan peluang yang ada untuk menyerlahkan diri.

WANITA

AIN – Cinta Antara Benua (Arni Nazira)
Lama dah tak dengar lagu ni..

FARINA – Cantik (Nikki)
Nikki?? Farina harus bekerja keras!

ANUM – Kau Atau Aku (Main Tarik Tali) (Elyana)
Satu lagi lagu yang memang sesuai ngan Anum.

NAD – Bulan Cinta (Eva)
Nad in trouble.. Lagu yang memang boleh membunuh.. (kenapa lagu ni??)

ADIRA – Kini (Feminin)
Em... No komen.. Tapi macam tak kena je lagu ni untuk tugasan konsert. Tak sesuai...

LAGU BONUS DEBARAN

GENERASI HEBAT – (HAFIZ, ARIL, AKIM DAN BLACK)
Hebat ke mereka menyampaikan lagu ni nanti?? Hehehe....

SELAMAT TINGGAL ADIKKU...

Minggu kedua Debaran AF8 menyaksikan berakhirnya perjuangan Ema untuk menuju puncak.. Kesian jugak la kat students untuk musim ni sebab minggu2 awal pun dah ade penyingkiran. Dengan hanya ada 12 orang students kenapa la tak buat macam AF2 dulu.. Minggu 3 baru ada penyingkiran...

IWAN 12.47
ALIF 12.30
DAUS 9.84
ADIRA 9.37
SHAHIR 9.34
NAD 8.54
FARINA 8.03
ANUM 7.99
MAULANA 7.71
AIN 7.38
EMA 7.03

Saturday, April 3, 2010

KONSERT AF8 (MINGGU KEDUA)

Sori sebab lambat sikit update untuk second concert.. (dah nak konsert 3 dah.. hehehe...) So just a quick review... Overall... Konsert kedua ni tak jauh berbeza sangat dari konsert pertama. Tapi ada jugak beberapa students yang kita boleh nampak improvement dari first concert yang lepas. Semua students ni kena keja lebih keras lagi untuk menyerlahkan diri sebab masing-masing masih nampak macam tak pasti dengan apa yang diorang buat stiap kali perform atas pentas. Bila la agaknya magic untuk AF8 ni nak muncul? Sepatutnya konsert first lagi magic tu dah ada dan itulah yang menarik penonton untuk terus menonton AF. Antara perubahan minggu kedua yang sememangnya tak masuk dek akal ialah apabila lagu menuju puncak tidak ditarikan di hujung konsert, dan perkara ini telah menjadikan konsert AF8 menjadi lebih tidak seronok untuk ditonton. Kepada pihak penerbit AF8, tolong jangan keluarkan tarian menuju puncak selepas konsert! Menuju Puncak tu salah satu klimaks untuk setiap konsert AF... huhuhu... So, just a quick review on the students' performances...

EMA - Pakai Buang (5/10)
Lagu Stacy jadi opening untuk minggu ni. Dari segi stage performance, tak ade yang nak dirisaukan sangat sebab rasanya ok cuma ada la bahagian-bahagian yang kena improve lagi. Tapi kalau ada yang perasan la, vokal Ema tak macam pelik sikit.. Kedengaran lebar.. (tak pasti sama ada tu suara Ema atau backing vocals) especially part chorus untuk lagu ni.

DAUS - Menatap matamu (6.5/10)
Buat kesekian kalinya, lagu ni memang tak sesuai untuk pertandingan, apalagi AF.. Tapi Daus dah berjaya la jugak menyampaikan lagu ini tak seperti Aril. Dari segi ekspresi wajah baik untuk minggu ini, cuma ada di beberapa bahagian lagu pada vokal Daus yang masih tak forward (bak kata Deja Moss.. hehe..) Persembahan meningkat dan lebih menarik berbanding minggu lepas time dia nyanyi lagu Wali Band tu.

NAD -Aku wanita biasa (4.5/10)
Lagu ni terlalu besar untuk Nad. Vokal Nad tak cukup outstanding untuk lagu ni. Tapi at least Nad dapat menyanyikan lagu ni dengan baik. Tapi dari awal sampai akhir, vokal Nad kedengaran mendatar. Nasib key lagu dinaikkan sedikit, kalau masih stick ngan key asal Krisdayanti, tak tau la mcmana Nad.. Gaya persembahan walaupun simple, just ok tapi nampak sangat kaku di atas pentas.

ALIF - Dance with my father (5/10)
Tak tau kenapa, saya ada masalah jugak dengan vokal Alif (walaupun tak ada yang salahnya...) Cuma ada rasa tak selesa bila dengar. Bila nak dinilai dari aspek teknikal vokal, Alif mungkin berjaya menguasai secara keseluruhannya. Tapi persembahan visual Alif mungkin nampak kurang menyentuh pendengar, pendek kata tak seiring dengan kehebatan vokal. Perlu diingatkan kalau kita nyanyi, ekspresi dan persembahan harus datang sekali or else, persembahan jadi nampak biasa.

FARINA - Ketentuan (5.5/10)
Saya mungkin ada pendapat yang tersendiri tentang persembahan Farina untuk konsert kedua ni. Dari segi persembahan vokal ok, cuma mungkin Farina ada masalah dari segi sebutan yang ala-ala orang putih tu...

IWAN - Mencari konklusi (4.5/10)
Emm.. Persembahan Iwan nampak macam tak bertenaga. Nampak sangat bayangan Kumpulan Hujan dalam persembahan ni. Vokal tak begitu menyerlah. Stage act pun gitu-gitu je...

ANUM - Sekadar di pinggiran (4.5/10)
sebuah lagu indah yang mungkin telah dibazirkan kerana diberikan kepada pelajar yang kurang tepat. Penyampaian Anum untuk lagu ni nampak keras dan tidak beremosi. Lagu ni mungkin boleh jadi sangat menarik jika Anum bijak mengolah vokal husky nya untuk menyampaikan lagu ni. Persembahan pentas ok, cuma masalah sangat ketara dalam vokal yang memang tak dapat diselindungkan..

MAULANA - hasrat hati (8/10)
Kelebihan untuk Maulana ialah lagu asal telah diubah arrangement dan menjadikannya menarik bagi mereka yang tau lagu ni. Tapi kebolehan Maulana menyampaikan lagu bergenre jazz memang tidak dapat nak disangkal. Secara keseluruhan persembahan amat menghiburkan sama ada dari segi vokal dan persembahan pentas. Cuma suntikan jazz dalam groove perlu lebih dipertingkatkan lagi.

AIN - Happy (4/10)
Kesian jugak kat Ain, sekali lagi dia diuji dengan lagu rancak yang sememangnya bukan diri Ain. Persembahan nampak sangat berterabur sedikit. Vokal susah nak cakap, ada masalah pitch di sana sini memang jelas boleh dengar. Pakaian pun nampak tak best..

SHAHIR - Jangan nakal (4/10)
Lagu dah best.. Tapi Shahir kurang berjaya nak menyampaikan lagu ni tepat dengan emosi dan penghayatan. Vokal Shahir masih nampak ditahan-tahan dan tak project dengan betul sebab ada bahagian-bahagian lagu tertentu tak dapat nak dengar jelas..

ADIRA - Ku percaya ada cinta (7/10)
Adira konsisten dengan persembahan yang boleh membanggakan untuk minggu kedua. Namun dinamik dan kemerduan vokal perlu belajar lagi supaya nyanyian akan jadi lebih bagus dan sedap didengar..

Siapakah bakal tersingkir????